BlackLucretius annIversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

my BornDay :-D

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 21 March 2012

IBU , UMI , MAMA , MAK , MUMMY . . .

Assalamu'alaikum wa masa'alhoir :-)
oke ! first of all, sebelum bace post ney, sediakan tissue sebanyak mane anda mampu . hahahaha
malam ney ntah ape biol cik luc nak update pasal seorang insan yg paling PENTING dalam hidup kita semua, even PM , YB , ghetis ke tak ghetis ke, kalau takde sorang ney, korang tak jadi semua tuh . 
teka teka ?? sape sape ??
KLU ?? bukan boyfriend bukan firlfriend :-)
da lha ! nak tunggu korang pikir, mmg tak lha !! sampai besok tak sudah . hurmmmm, opcoz lha DIA yg mengandungkan kita, melahirkan kita, menyusukan kita, dan menjage kita . yang mane, hidup dan mati kita bersama DIA , bukan boyepen, gerlipen, or sesape tah kann .
mcm mcm gelaran yg kita panggil DIA ..
ibu . umi . mama . mak . mummy . ape ape pown , mereka tetap org yg melahirkan kamu :-)
ibu aku ?? i call her UMI . setahu aku , sebelum aku lahir, akak n angah aku panggil mak, tah tetibe aku lahir, panggil UMI . heeeee~ melekat name tuh sampai skrg :-) 
UMI . . . daa 52 tahun daa melihat dunia, daa terlebih makan garam daripada aku . macam macam umi hadapi selama hidup dia dari dulu sampai skunk . aku tahu :-) 
5x kelahiran tapi 3 sahaja yg sempat bersama . takpe. takde rezeki . umi ?? umi lha antara manusia yang aku tak pernah nampak dia menangis . sangat tak pernah . wajah umi sentiase tenang . susah nak agak bila umi sedih bila umi suka bila umi gelisah bila umi marah . umi pandai sorokkan airmata dia yg sangat berharga tu . even aku rase perkare tu sangat lha sedihnya, terharunye, tak jugak nak mengalir airmata di depan anak-anak . ALLAHUAKBAR , tabahnya hati umi . umi nak anak-anak dia kuat mcm mane dia kuat , tapi tak sorang pown anak anak dia yg kuat mcm umi . baek buruk pown , umi tetap umi . umi pernah pesan, buruk ayah pown , ayah kamu jugak, baek ayah pown , ayah kamu jugakx . yer umi ! adek tahu. umi ajar adek erti menghargai :-) . . . umi selalu tgk sikap anak anak dia dan dia kan bayangkan dgn hidup dia pada masa uzur nanti . misalnya, kalau dia suruh tolong nenek , and aku buat muke, dia akan ckp " sekarang kamu tanak tolong umi, nanti umi daa tue, mcm ney lha anak kamu buat kamu dek "
alangkah ajaibnyer kate kate seorg ibu kann ??
umi !! adek mintak maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki :-) 
minggu ney adek balek, andai kate adek adek tak sampai umah , adek harap umi tahu adek buat ney utk umi , and adek sangat harapkan keampunan umi untuk pembekal adek di sane :-)
terimakasih umi :-)
and secara automatik aku akan buat ape yg disuruh . huhuhu
btw, sila sila lha rela relakan hati anda bace sajak puisi ke ape bende ney tah aku pown tataw sebab bukan aku yg reka . ade lha aku culik dari blog someone. hehehe 
maaf maaf maaf .
lepas aku jumpa secebis kata kata ney, secara automatik mengalir airmata wanita aku, jatuh kekasaran aku


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

 aku twu ramai yang daa bace pasal ney, tapi bace lha lagi supaya hati anda tetap ingat kat ibu masing masing :-)

No comments:

Post a Comment